KOTA KINABALU: Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia hari ini dalam sebuah kenyataan media memberitahu bahawa sebuah mesyuarat tertinggi antara Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudah mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-17 tidak lama lagi.
“Mesyuarat pada 8 Mei sudah memutuskan bahawa bentuk kerjasama antara PH dan BN adalah termasuk saat pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama di antara kepimpinan PH Sabah dan BN Sabah.
“Segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN di peringkat kebangsaan,” jelas kenyataan media yang dikongsikan yang bertarikh 9 Mei 2025.
