AJK PGBM Sabah kunjungi KM

KOTA KINABALU: Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Persatuan Guru Besar Malaysia Sabah (PGBM Sabah) membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Jawatankuasa itu merupakan lantikan baru yang diketuai oleh Yang DiPertua Nordin Taip, bagi penggal 2025-2027.

Dalam pertemuan tersebut, Hajiji turut diberikan taklimat mengenai program dan aktiviti PGBM Sabah untuk tempoh dua tahun akan datang. 

Tinggalkan komen