
KOTA KINABALU: Sebuah gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 8.51 malam tadi, (3 Mei 2025)
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam sebuah kenyataan media memberitahu bahawa pusat gempa bumi tersebut terletak 0.5° Utara dan 121.6° Timur dengan kedalaman 10 km. 165km Barat dari Gorontalo, Indonesia.
Berikutan gempa bumi itu, gegaran turut dirasai di sekitar Tawau, Lahad Datu dan Semporna, Sabah dan kawasan sekitarnya.
METMalaysia turut berkongsi bahawa tidak ada sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
