Keluarga inspirasi saya untuk berjaya dalam perniagaan: Rahmah

Oleh: Zacherlyn E


KOTA KINABALU: Pengasas JKhan 738, Datuk Rahmah Jan Khan berkata sokongan dan kebersamaan keluarga bersama beliau dari awal hingga kini adalah faktor utama beliau berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburinya.


“Dari awal, adik-beradik saya bersama saya dan jika bercerita tentang adik-beradik, saya memang tersentuh, kerana nilai ukhwah antara kami ini yang menjadi penguat, dan mereka sentiasa bersama saya sepanjang kerjaya saya dalam bidang perniagaan.


“Kejayaan saya adalah kejayaan bersama dan merekalah kekuatan saya dan insyaAllah akan selamanya bersama,”katanya.


Beliau berkata demikian semasa berucap semasa Majlis Pelancaran Nur Rahmah by JKhan di Sutera Habour hari ini.


Beliau turut memperkenalkan rangkaian produk kosmetik keluarannya dan juga tudung Cahaya Kasih Nur Rahmah.


Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh isteri kepada Ketua Menteri, Datin Juliah Salag.


Hadir sama dalam majlis itu ialah Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Norliza Awang Alip dan Pengarah Kecantikan JKhan 738 Joanna Datuk Kitingan.

Tinggalkan komen