ARMADA Semporna kongsi rezeki bersama mangsa kebakaran

Oleh: Zacherlyn E

SEMPORNA: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul sesuatu beban dan musibah yang melanda.

Mengambil pendekatan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan, ARMADA BERSATU Bahagian Semporna berkongsi rezeki bersama mangsa kebakaran yang sedang berada di pusat pemindahan sementara di PPRT Ria Bubul.

Ketuanya, Nooruddin Abd Hussin berkata usaha itu adalah langkah proaktif yang diambil oleh ARMADA selaku sayap dalam parti yang membawa perjuangan dan mendekati rakyat.

“Kita faham, musibah yang berlaku dan hari ini kita memberikan sumbangan kepada 90 keluarga mangsa kebakaran Kampung Simunul Lorong Lima, dan mereka semua adalah sememangnya memerlukan bantuan dari kita.

“Kita juga amat berharap semoga usaha kita ini dapat diteruskan lagi demi memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat yang memerlukan di luar sana,” katanya ketika dihubungi New Sabah News kelmarin.

Bantuan yang diberikan itu berupa bekalan keperluan asas, makanan dan barangan bayi.

Dalam pada itu, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Saddam Assan berkata bantuan yang diberikan itu adalah antara lain adalah sebagai persediaan kepada mereka yang memerlukan untuk menyambut Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Selepas ini, kita bagi ARMADA BERSATU Bahagian Semporna juga akan mengadakan program bantuan bagi asnaf dan anak-anak yatim pada bulan Ramadan,” tambahnya lagi.

Turut serta dalam program itu ialah ahli-ahli ARMADA BERSATU Bahagian Semporna.

Tinggalkan komen