SUDC jalin kerjasama dengan CIS

KOTA KINABALU: Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd (SUDC) bersama Cement Industries Sabah Sdn Bhd (CIS) bakal merancang untuk membangunkan ekonomi negeri dengan mengadakan jalinan kerjasama.

Pengerusinya, Jamawi Jaafar bersama Pengerusi CIS Datuk Japlin Akim turut mengadakan pertemuan di Wisma SEDCO pada Isnin.

Semasa pertemuan itu, Jamawi dan Japlin bercadang untuk membuat rangka pembangunan ekonomi dengan jalinan kerjasama yang bakal melibatkan anak-anak syarikat dibawah SEDCO.

Tinggalkan komen