RANAU: Srikandi BERSATU Ranau menerima sumbangan barangan makanan daripada Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah untuk diagih-agihkan kepada keluarga yang terjejas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID19.
Ketuanya, Datuk Amisah Yassin berkata sumbangan daripada semua pihak, amat dialu-alukan.
“Kita amat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak kerana memang ramai rakyat kita yang kehilangan sumber pendapatan kerana COVID19.
“Saya yakin Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan tidak akan ada yang terkecuali, insyaAllah,” katanya selepas menerima sumbangan disini hari ini.
Amisah yang juga merupakan ADUN Dilantik turut menzahirkan ucapan terima kasih beliau Presiden Persatuan, David Chan kerana telah menghulur sumbangan untuk membantu penduduk kampung.
Sebanyak 40 bakul makanan dan kampit beras telah disumbang oleh persatuan itu dan Amisah juga turut menyumbang 60 bakul makanan dan kampit beras untuk mereka yang terjejas di sekitar kawasan Ranau.
Terdahulu, Srikandi BERSATU Ranau telah menerima 50 kampit beras daripada Persatuan itu dan telah diagihkan kepada mereka ya g terjejas di kawasan yang sama.
