KOTA BELUD: Penduduk sekitar Kampung Timbang Dayang Kota Belud diseru untuk terus bersabar dan tabah menghadapi dugaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) diumumkan di kawasan mereka dilanjutkan sehingga 18 Januari ini.
Ketua Bahagian BERSATU Kota Belud, Datuk Japlin Akim berkata segala yang diputuskan oleh kerajaan ada hikmah di sebaliknya dan sudah tentu untuk kebaikan rakyat keseluruhannya.
Katanya, perlaksanaan PKPD selama 14 sebelum ini sudah menampakkan kejayaan dan rakyat harus percaya apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan, mempunyai sebab tertentu bagi membolehkan dua penempatan ini bersih sepenuhnya daripada penularan wabak COVID-19.
“Seperti yang kita ketahui, pihak kerajaan tidak akan membiarkan anda semua kekurangan dari segi lojistik termasuk bekalan makanan asas dan barang keperluan harian.
“Oleh itu apa yang perlu anda lakukan adalah mematuhi setiap arahan serta perlaksanaan PKPD ini bagi membolehkan apa yang dirancang kerajaan berjaya dan semestinya untuk kepentingan semua,” katanya ketika ditemui selepas mengagihkan bekalan makanan asas kepada penduduk kampung di sekitar Kampung Timbang Dayang Kota Belud di sini kelmarin.
Turut mengiringi rombongan bersama Japlin ialah Ahli-ahli Jawatan Kuasa Bahagian BERSATU yang lain.
Turut serta dalam aktiviti itu ialah ahli jawatan kuasa Srikandi BERSATU Bahagian Kota Belud.
Ends.


