Biro Pembangunan Wanita kunjung hormat kepada Azizah

KOTA KINABALU: Pengerusi Biro Pembangunan Wanita dan Hubungan NGO Srikandi BERSATU Sabah, Datuk Amisah Yassin menyerahkan resolusi hasil mesyuarat biro tersebut kepada Ketua Srikandi BERSATU Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun di Pejabat BERSATU Alamesra pagi tadi.

Dalam resolusi itu, antara cadangan yang dikemukan adalah untuk meningkatkan peranan dan penglibatan golongan wanita serta bantuan dalam pembangunan negeri Sabah.

Selain beberapa cadangan program biro antaranya Kursus Kekeluargaan dan Kesaksamaan Gender, program keusahawanan kepada golongan ibu tunggal, ceramah dan kursus peluang perniagaan kepada golongan wanita.

Dalam kunjungan itu, Azizah menyerahkan surat pelantikan sebagai ahli jawatankuasa yang dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Hasrina Golkhan, Setiausaha Roslinah Alip, Setiausaha Kerja Aziah Atoh serta ahli jawatan kuasa yang lain.

Mereka ialah Datuk Ruhsimah Zakaria, Masturah Jamrah, Julia Abu Bakar Titingan, Erveana Ansari dan Liza Din.

Ends.

Tinggalkan komen